Senin, 16 Maret 2009

RASA KECEWA

JIKA ANDA SAAT INI MERASA KECEWA TERHADAP SESUATU COBA IKUTI TIPS INI!!!!!!!!!!!!

Mungkin ini dapat sedikit membantu ANDA...........


RASA KECEWA
atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah
sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah
antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’ kecewa, ramai
yang sukar mengikisnya.

Berasa kecewa atau
kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika tidak
pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai
diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang
boleh merosakkan diri dan kerjaya.

Sebagai remaja,
anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati
kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita
yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.

Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

  1. Terima kenyataan

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai
manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung
kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha
mengubah nasib kita.

Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga
diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi
kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah
tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita
insaf.

2. Berfikir

Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu
keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang
tidak dijangkakan.

Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat
mengatasinya sendiri.


3.Berfikiran positif

Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda
miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk
berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.

Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada
perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu
apabila anda berdepan rasa kecewa.


4.Luahkannya

Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan
diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).

Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan
menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu
bapa adalah individu paling sesuai.

Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan
reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.


5. Beri tumpuan pada hidup

Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila
anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah.
Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga
membuatkan anda kecewa.



~ by adi-along on May 19, 2007.

Tidak ada komentar: